Wednesday, January 25, 2012

Student ohhhh Student.

Salam.
Rasanya dah bersawang blog aku neh..haha
Lama gilaaaa tak post apa2.. bukannya kedekut nak story2 tp masalah internet connetion.
Lagi2 kat KOLEJ BUNGA RAYA, nak online lajuuuuu kene g kafe,,

Aku bukannya suke ngat lepak kafe.. Satg kene halau tak pepasal sebab tujuan org dtg ke kafe sebab nak makan. Buat apa aku nak pentingkan diri memanaskan kerusi besi kafe tu dgn melekatkan Buntut aku kat kerusi tu lama - lama kan... haaa...

Asalnya kat blok aku tu ade modem wifi yg sememangnya dekat gila2 kat bilik aku.. bukak tingkap je dah nmpk tau.. But after the 'Convo Fiesta' admin cabut modem tu.. Sedih je rase sebab aku nak nota ke ape segala bagai kene amek kat Morpheus. Dahle secara online..bila secara online, ofcourse la kene ade internet connection. Sabo yo lah.

Aku tak pernah pun story apa2 kan pasal Universiti baru aku.. hehe..
ok.. aku sekarang bergelar mahasiswi UNIMAS, Kota Samarahan, Sarawak.
Course : International Economics Studies.

Alhamdulillah..ekonomi is not that bad. Pasal the thing is reality. We face it almost everytime and at most everything. Dan bermula lah aku belajar prinsip2 ekonomi dari Ceteris Paribus sampai la ke makro n mikro ekonomi..
Seronok.. Dan alhamdulillah baru2 ni keputusan peperiksaan aku juga membanggakan..Keputusan semua atas 3.0..
Walaupun aku ni boleh la dikatakan susah nak dpt 3 Pointer sejak sekolah (jujur nie)..
InsyaAllah i'll get better results in University. Aku pn tgh nak apply Biasiswa..Tp aku tak tahu nak apply kat mana..
Kebanyakkan sekarang ni loan.

Kenapa tak ambil PTPTN..?
Abah tak kasi. Sebab abah kata, kalau boleh, dia tak nak aku terbeban dengan hutang lepas belajar. Baru habis belajar, kerja tak lagi, dah beban dgn hutang. Selagi dia mampu tanggung, dia support. Harap aku dpt bg keputusan yg cemerlang sebagai hadiah utk dia satu hari nanti supaya dpt banggakan dia InsyaAllah. Mane tahu aku dpt sambung overseas.. Stakat ni baru over the sea. Hahaha

Kawan - kawan ok tak..?
Biasalah..mana2 aku pergi pun mcm2 org aku jumpa.. ada yang baik..ada yang tak. dan semestinya tak ada yang sempurna. Betul tak..?

Tetapi... ada perkara penting yang aku paling tak suka tentang segelintir student U aku.

Suka bagi alasan, 'Kau kan pandai BI(Bahasa Inggeris), kau lah buat.' 'Aku tak pandai bi, kau kan pandai....'. Sumpah rase nak lempang lelaju je kat org2 mcm ni..
Lagi - lagi bila group assignment. Kalau boleh, sorg je buat. Bila suruh org lain, alasannya, aku tak pandai lah nak buat.aku tak nak markah group ni sikit sebab aku mmg tak pandai buat. But the thing is, kalau seorang je yg buat, adakah adil..?

NI YANG AKU HADAPI MASE MID TERM.
assignment kalau satu individu je yg buat...
akan memberi kesan terhadap mase belajar dia.
dia akan kurang mase study
penat+letih+sakit=tak boleh fokus.
TETAPI..
markah group assignment sama padahal, hanya seorang sahaja yang yg menyumbang masa dan tenaga.
lebih menyakitkan hati apabila ahli group yg lain dapat markah tinggi dalam peperiksaan sebab dia ada banyak mase utk study.


Apa ni..? Adil ke..?

Setakat ni...alhamdulillah aku tak kene seteruk kwn2 aku yg lain.

BUT PLEASE LAAAA..
MAHASISWA DAN MAHASISWI JANGAN LAH BERPERANGAI MCM NI.

 
Blog Template by Delicious Design Studio